
SERDANG, 12 Januari 2026 – Institut Kajian Perladangan (IKP) telah menerima kunjungan hormat daripada Institut Biosains (IBS) untuk Program Jerayawara Koleksi Kultur Mikrob UPM (UPM-MCC). Pengarah IBS, YBhg. Prof. Dr. Zunita Zakaria telah hadir dan turut diiringi oleh Puan Musliyana Mansur dan Cik Ainaa Syafiqah Mohd Alias.
Taklimat telah diberikan oleh Prof. Dr. Zunita yang menerangkan mengenai penyimpanan kultur mikrob berkepentingan untuk menyokong keperluan penyelidikan jangkamasa panjang, pengajaran dan pembelajaran. Prof Dr. Zunita juga memperkenalkan Dasar UPM (Pendepositan Mikroorganisma Berkepentingan) 2024 yang telah diluluskan di peringkat Lembaga Pengurusan Universiti.
Wakil IKP seramai 15 orang telah hadir di antaranya YBhg. Prof. Dr. Wong Mui Yun (Timbalan Pengarah IKP), Prof. Madya Dr. Ganesan Vadamalai (Ketua Laboratori SACP), pegawai penyelidik, penolong pegawai sains dan pelajar siswazah. Pihak IKP telah diberi penerangan berkenaan jenis pendepositan kultur di UPM-MCC iaitu Public Deposit, Safe Deposit dan Patent Deposit serta perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh UPM-MCC.
Taklimat ini diharap dapat memperjelaskan jenis dan prosedur pendepositan di UPM-MCC bagi memastikan keselamatan mikroorganisma berkepentingan setiap penyelidik sentiasa terjamin. Dasar ini menjadikan UPM sebagai salah satu Pihak Berkuasa Pendepositori Kebangsaan juga sebagai entiti koleksi kultur mikrob, konservasi dan biodiversiti mikroorganisma.
Pendepositan mikrob bukan sekadar simpanan, tetapi satu langkah strategik untuk menjamin kesinambungan penyelidikan, melindungi inovasi, memperkukuh pendidikan, dan memelihara biodiversiti. Ia adalah pelaburan jangka panjang yang memberi manfaat kepada komuniti saintifik, industri, dan negara.

Tarikh Input: 13/01/2026 | Kemaskini: 13/01/2026 | ainzubaidah

PEJABAT PENTADBIRAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG