![]() |
|
|
SERDANG, 6 Mei 2026 – Institut Kajian Perladangan (IKP), Universiti Putra Malaysia (UPM) buat julung kalinya telah diberi kepercayaan sebagai tuan rumah bagi Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) Kali ke-1022. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, FASc, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, bersama barisan ahli JPU. Dalam mesyuarat berkenaan, Pengarah IKP, YBhg. Prof. Ts. Dr. Siti Khairunniza Bejo telah membentangkan aspek pengurusan serta pencapaian IKP sepanjang tahun 2025. Pembentangan tersebut turut mengetengahkan hala tuju strategik institut bagi tahun 2026 yang memberi penekanan kepada pengukuhan inovasi, amalan kelestarian serta pemantapan jaringan kerjasama dengan pihak industri dan rakan antarabangsa. |
|
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
| Lawatan ini turut diserikan dengan sesi tinjauan YBhg. Dato’ Naib Canselor ke beberapa fasiliti makmal di IKP. Antara makmal yang dilawati ialah Laboratori Agronomi dan Perlindungan Tanaman Lestari (SACP), Laboratori Pemprosesan dan Pembangunan Produk (PPD), serta Laboratori Teknologi dan Mekanisasi Sistem Perladangan (PSTM). Fasiliti-fasiliti ini merangkumi pelbagai bidang penyelidikan yang meliputi aktiviti huluan, pertengahan dan hiliran dalam sektor tanaman perladangan. Staf dan pelajar-pelajar siswazah IKP tidak melepaskan peluang beramah mesra dengan YBhg. Dato Naib Canselor secara dekat.
YBhg. Dato' Naib Canselor turut berkesempatan melihat teknologi dron yang dilengkapi dengan sensor LiDAR, multispektral dan RGB. 'Penerapan teknologi dron dalam kerja pemetaan ladang berpotensi untuk diperkasakan, pendekatan ini selari dengan pengembangan amalan pertanian persis yang signifikan, dan berpotensi dalam menyokong fasa perancangan dan persediaan kawasan pertanian baharu di UPM', kata beliau. Warga IKP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Dato' Naib Canselor serta seluruh ahli JPU atas kehadiran dan sokongan padu yang diberikan ke arah memperkukuh kecemerlangan berterusan IKP. |
|
![]() |
|
Tarikh Input: 12/05/2026 | Kemaskini: 10/08/2026 | ainzubaidah

PEJABAT PENTADBIRAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG