International Webinar UB-UPM 2021 | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » International Webinar UB-UPM 2021

International Webinar UB-UPM 2021

 

International Webinar UB-UPM 2021 Series #2 telah diadakan pada 26 Julai 2021. Webinar ini telah dianjurkan oleh Fakulti Pertanian, Universitas Brawijaya dan Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia dengan Kerjasama Institut Kajian Perladangan (IKP) dan Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, UPM. Webinar telah dihadiri oleh 200 peserta daripada pelbagai universiti dan organisasi daripada kedua negara, Malaysia dan Indonesia.

 

Webinar dengan tema “Agroecosystem Management in Agriculture and Forestry” telah mencapai objektif melalui perkongsian ilmu, pengalaman dan dapatan kajian dalam kedua-dua bidang iaitu pertanian dan perhutanan. Topik menarik dibentangkan dalam program webinar sehari ini, disampaikan oleh were Dr. Bagyo Yanuwiadi (UB), Dr. Cahyo Prayogo (UB), Cik Najihah Zakaria (UPM), Assoc. Prof. Dr. Mohd Rafein Zakaria (IKP,UPM), Dr. Karuniawan Puji Wicaksono (UB) dan En. Mohd Zamakhsyary Mustapa (Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia). Melalui platfom ini, peluang untuk kolaborasi terutama dalam penyelidikan berkaitan sawit turut dibincangkan. Dua lagi webinar siri telah dirancang di bawah program yang sama dimana keduanya dijadualkan untuk diadakan pada akhir tahun ini.

 

Tarikh Input: 02/09/2021 | Kemaskini: 02/09/2021 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEXPAd~