Kunjungan Hormat Ke Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi (KPPK) | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Kunjungan Hormat ke Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK)

Kunjungan Hormat ke Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK)

18 Mac 2022 – Institut Kajian Perladangan (IKP), UPM telah mengadakan kunjungan hormat ke Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPKK) di Putrajaya. Lawatan ini telah diketuai oleh Pengarah IKP, Prof. Dr. Shaufique Fahmi Ahmad Sidique dan turut disertai oleh Prof. Dr. Wong Mui Yun (Timbalan Pengarah), Prof. Madya Dr. Nazmi Mat Nawi (Ketua Laboratori Teknologi Sistem Perladangan dan Mekanisasi), dan Prof. Madya Dr. Nolila Mohd Nawi (Ketua Laboratori Agronomi dan Perlindungan Tanaman). Delegasi IKP telah disambut baik oleh pengurusan tertinggi kementerian yang diketuai oleh Ketua Setiausaha (KSU) KPPK, YBhg. Datuk Ravi Muthayah, Ketua Setiausaha (KSU).

 

Lawatan ini merupakan salah satu program jerayawara IKP untuk memperkenalkan IKP dan mewujudkan jaringan dengan agensi dan pemain utama dalam industri perladangan di Malaysia. Dalam lawatan ini, Prof. Dr. Shaufique telah berkongsi misi dan visi Institut, serta dalam masa yang sama menerangkan tentang bidang penyelidikan khusus dan kepakaran di IKP. Lawatan ini juga mengenalpasti titik persamaan bagi pelaksanaan kerjasama yang akan memberi manfaaat kepada kedua-dua pihak serta menggariskan potensi kerjasama di masa hadapan.

 

Tarikh Input: 12/04/2022 | Kemaskini: 27/04/2022 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEbIAz~