Kunjungan Hormat Ke Lembaga Penyelidikan Dan Pembangunan Getah Antarabangsa (IRRDB) | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Kunjungan Hormat ke Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Getah Antarabangsa (IRRDB)

Kunjungan Hormat ke Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Getah Antarabangsa (IRRDB)

11 April 2022 – Sesi kunjungan hormat ahli pengurusan Institut Kajian Perladangan (IKP) dengan Ketua Setiausaha, Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Getah Antarabangsa, YBhg. Datuk Dr. Abdul Aziz S.A. Kadir telah diadakan di Bangunan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Delegasi IKP diketuai oleh Pengarah IKP dan disertai semua ketua Laboratori IKP. Lawatan ini juga telah dihadiri oleh Tuan Haji Tajuddin Ismail, Pengarah Agro Hive Technologies and Consultancy.

 

Lawatan ini merupakan satu lagi program jerayawara IKP untuk memperkenalkan institut dan membincangkan potensi kolaborasi penyelidikan dalam pelbagai disiplin berkaitan dengan industri getah. Berdasarkan pertemuan ini, Ketua Setiausaha telah bersetuju untuk memperkenalkan IKP kepada jaringan hubungan IRRDB di peringkat nasional dan antarabangsa. Malah, beliau juga turut berkongsi beberapa nama penting dalam industri getah di seluruh dunia beserta maklumat untuk dihubungi. Ahli IKP juga turut dijemput oleh Ketua Setiausaha IRRDB untuk menyertai beliau dalam sesi lawatan ke Indonesia.

 

Tarikh Input: 28/04/2022 | Kemaskini: 28/04/2022 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEQVA2~