Kunjungan Hormat Ke Politeknik Jeli, Kelantan | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Kunjungan Hormat ke Politeknik Jeli, Kelantan

Kunjungan Hormat ke Politeknik Jeli, Kelantan

16 Januari 2022 - Satu kunjungan hormat telah diadakan oleh penyelidik daripada Laboratori Teknologi Sistem Perladangan dan Mekanisasi (PSTM), Institut Kajian Perladangan (IKP) ke Politeknik Jeli, Kelantan. Lawatan telah disertai oleh empat orang penyelidik daripada Laboratori PSTM diketuai oleh Prof. Madya Dr. Nazmi Mat Nawi bersama Dr. Zailani Khuzaimah, Puan Siti Nooradzah Adam dan En. Faiz Mokhtar. Delegasi IKP telah disambut oleh pihak pengurusan Politeknik Jeli yang diketuai oleh Timbalan Pengarah (Akademik), Tuan Haji Saupi Mohamed Nor.

Perbincangan dalam lawatan ini memfokuskan tentang potensi kerjasama terutama dalam perkongsian pengetahuan dan pengalaman serta khidmat komuniti yang mensasarkan kepada tenaga akademik Politeknik Jeli dan juga ahli komuniti sekitar. Delegasi IKP juga berpeluang melihat demonstrasi semburan dron yang telah dibangunkan sendiri oleh salah seorang pensyarah di Politeknik Jeli.

 

  

Tarikh Input: 28/02/2022 | Kemaskini: 28/02/2022 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEQXAJ~