Kursus Pendek Dalam Talian Mengenai Pengukuran Teknologi Spectroscopic Kepada Syarikat Penyelidikan | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Kursus Pendek Dalam Talian mengenai Pengukuran Teknologi Spectroscopic kepada Syarikat Penyelidikan

Kursus Pendek Dalam Talian mengenai Pengukuran Teknologi Spectroscopic kepada Syarikat Penyelidikan

31hb Mei - Madya Profesor Dr. Nazmi Mat Nawi, Ketua Laboratori Teknologi Sistem Perladangan dan Mekanisasi telah dijemput oleh CRAUN Research Sdn. Bhd. untuk menyampaikan kursus pendek dalam talian mengenai cara mengaplikasikan kaedah pengukuran spectroscopic bagi menilai kualiti sagu. Latihan ini dihadiri oleh sembilan orang penyelidik dari syarikat tersebut. Latihan ini mengambil masa empat jam yang mengandungi empat modul iaitu; Pengenalan kepada teknologi spectroscopic, 2. Kaedah pengukuran, 3. Analisis data spektrum, dan 4. Analisis Chemometrics.  

Dari Latihan ini, peserta didedahkan megenai potensi penggunaan teknologi spectroscopic sebagai kaedah pengukuran yang tidak merosakkan  tahap kualiti sagu. Latihan ini juga mewujudkan platform baru kerjasama penyelidikan antara IKP dan syarikat. Bengkel selanjutnya secara fizikal mengenai pengedalian teknologi tersebut akan dianjurkan di IKP sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan.

 

Tarikh Input: 28/06/2021 | Kemaskini: 28/06/2021 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEbKAZ~