Larian Kemerdekaan 65 | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Larian Kemerdekaan 65

Larian Kemerdekaan 65

Ogos 30 – Institut Kajian Perladangan (IKP) telah menganjurkan Larian Kemerdekaan ke 65 pada 30 Ogos 2022 bermula jam 5.00-6.00 petang. Sepanjang program, para peserta telah berlari sepanjang 2km dalam kawasan kampus. Aktiviti ini adalah bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotisma dalam meraikan sambutan Hari Kemerdekaan ke-65. Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk mencapai salah satu KPI di bawah “peningkatan semangat patriotik” dalam pelan strategik UPM untuk pelajar siswazah. Larian telah disertai oleh staf dan pelajar siswazah IKP. Aktiviti ini memberi peluang kepada pelajar IKP untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang memupuk semangat patriotik, perpaduan dan nilai murni.

 

 

Tarikh Input: 19/09/2022 | Kemaskini: 19/09/2022 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEbNAt~