Latihan Aplikasi Dron Dalam Industri Perladangan | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Latihan Aplikasi Dron dalam Industri Perladangan

Latihan Aplikasi Dron dalam Industri Perladangan

16 dan 23 Mac – Institut Kajian Perladangan (IKP) dengan kerjasama Syarikat FWF World Solutions telah menganjurkan latihan pengendalian dua buah alatan dron iaitu DJI Phantom 4 Pro v2.0 and DJI 300 Matrice RTK. Latihan telah disampaikan oleh Dr. Zailani Khuzaimah dan En. Mohd Faizal Taib. Seramai 12 staf IKP termasuk pegawai penyelidik, pegawai sains dan pembantu pegawai sains telah menghadiri latihan ini. Latihan selama dua hari ini merangkumi pengenalan asas jenis dan fungsi dron, penerbangan asas dron, penerbangan drone untuk pemetaan, dan pemprosesan imej serta data analisis. Kedua-dua dron dimiliki oleh Laboratori Teknologi Sistem Perladangan dan Mekanisasi (PSTM), IKP. Dengan adanya alatan dron ini, kajian mendalam berkaitan pemantuan kesihatan tanaman, pemetaan ladang, pemprofilan tanah, pengesahan rawatan, pengelasan fenotip skala-hutan dan banyak lagi aplikasi yang berpotensi dapat diterokai.

 

 

 

Tarikh Input: 12/04/2022 | Kemaskini: 12/04/2022 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEZHAO~