Lawatan Kerja Ke UPM-Farm Fresh ICoE, UPM | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Lawatan Kerja ke UPM-Farm Fresh ICoE, UPM

Lawatan Kerja ke UPM-Farm Fresh ICoE, UPM

1 Mac 2022 – Seramai lapan orang penyelidik Institut Kajian Perladangan (IKP), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menyertai lawatan kerja ke Pusat Kecemerlangan Industri (ICoE) UPM-Farm Fresh. Lawatan ini telah diketuai oleh Pengarah IKP, Prof. Dr. Shaufique Fahmi Ahmad Sidique dan turut disertai oleh Prof. Madya Dr. Nolila Mohd Nawi (Ketua Laboratori Agronomi dan Perlindungan Tanaman), Prof. Madya Dr. Nazmi Mat Nawi (Ketua Laboratori Teknologi Sistem Perladangan dan Mekanisasi), Prof. Madya Dr. Mohd Rafein Zakaria (Ketua Laboratori Pemprosesan dan Pembangunan Produk) serta empat orang pegawai penyelidik IKP. Delegasi IKP telah disambut mesra oleh Ketua Pegawai Operasi Farm Fresh Sdn. Bhd., En. Azmi Zainal.

UPM dan Farm Fresh Milk Sdn. Bhd. telah menjalinkan kerjasama dalam membangunkan Pusat Kecemerlangan Industri (ICoE) Ladang Tenusu di Ladang 16, Taman Pertanian Universiti, UPM sejak tahun 2017. Justeru, agenda utama lawatan ini adalah bagi membincangkan potensi kerjasama penyelidikan antara IKP dan Farm Fresh Sdn. Bhd. terutama dalam penggunaan teknologi digital terkini untuk meningkatkan lagi produktiviti industri tenusu. Delegasi IKP turut berpeluang untuk melawat kawasan sekitar ladang tenusu yang sedang dibangunkan sebagai sebuah taman agropelancongan.

 

 

Tarikh Input: 16/03/2022 | Kemaskini: 16/03/2022 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEbIAy~