Lawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Ke Institut Kajian Perladangan (IKP) | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Lawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti ke Institut Kajian Perladangan (IKP)

Lawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti ke Institut Kajian Perladangan (IKP)

   

Februari, 24 – Satu lawatan rasmi oleh YBhg. Prof. Emeritus Dr. Ibrahim Komoo, Pengerusi, Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Universiti Putra Malaysia (UPM) ke Institut Kajian Perladangan (IKP) telah diadakan pada 24 Februari 2023. Ketibaan YBhg. Prof. Emeritus Dr. Ibrahim Komoo telah disambut oleh Pengarah IKP, YBhg. Prof. Dr. Shaufique Fahmi Ahmad Sidique, ahli pengurusan tertinggi dan juga staf IKP. Sesi dimulakan dengan penerangan mengenai latar belakang IKP oleh YBhg. Pengarah dan disusuli dengan lawatan ke makmal dan rumah hijau transgenik.

Melalui sesi lawatan rasmi ini, YBhg. Prof. Emeritus Dr. Ibrahim Komoo telah berkongsi pandangan mengenai kepentingan jalinan kerjasama antara institut dengan pihak industri dan agensi kerajaan yang lain. Beliau menegaskan kerjasama yang bermanfaat dapat dicapai dengan membina kepercayaan dan membangun perkongsian dalam meneroka peluang kolaborasi yang melengkapi keperluan penyelidikan masing-masing.

 

    

 

Tarikh Input: 27/03/2023 | Kemaskini: 30/03/2023 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEaQAU~