Lawatan Teknikal Ke Integrated Recycling Facility (IRF), Alam Flora Environmental Solutions Sdn Bhd, Putrajaya | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Lawatan teknikal ke Integrated Recycling Facility (IRF), Alam Flora Environmental Solutions Sdn Bhd, Putrajaya

Lawatan teknikal ke Integrated Recycling Facility (IRF), Alam Flora Environmental Solutions Sdn Bhd, Putrajaya

Julai 13 – Satu lawatan teknikal ke Integrated Recycling Facility (IRF) Alam Flora Environmental Solutions Sdn Bhd di Putrajaya telah dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Makmal Pemprosesan dan Pembangunan Produk. Lawatan ini diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mohd Rafein Zakaria bersama-sama dengan Prof. Madya Dr. Mohd Noriznan Mokhtar dan Dr. Halimatun Saadiah Hafid untuk melihat fasiliti penghadam anaerobik pada berskala loji rintis termasuk bahagian operasi dan teknologi pemprosesan bagi penghasilan biogas menggunakan sisa domestik yang diambil dari perbandaran Putrajaya. Semasa lawatan, penerangan ringkas berkaitan keseluruhan aliran proses bermula dari pengumpulan sisa, pengasingan, dan pemprosesan telah diberikan oleh Pegawai Eksekutif IRF, Encik Muhammad Amin Asyraf.

 

Secara am nya, penghadam anaerobik IRF beroperasi dengan kapasiti 500 kg/hari dan boleh menghasilkan 35 m3 biogas dengan kandungan 55% gas metana. Fasiliti ini berupaya menghasilkan tenaga elektrik sebanyak 40 kW/j yang boleh digunakan untuk operasi sepanjang 4 jam penggunaannya. Sisa yang telah dirawat kemudiannya kemudiannya keluar dari system biogas menjadi baja organik. Perbincangan ini membawa kepada potensi kerjasama dalam bidang penyelidikan melibatkan penghasilan biogas dan sistem kompos secara integrasi. Sistem ini berupaya menghasilkan tenaga elektrik and pada masa yang sama mengurangkan pembebasan gas metana ke alam sekitar dan pencemaran air disebabkan penghasilan larut resap dari sisa organik.

 

 

   

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sekitar lawatan ke Integrated Recycling Facility (IRF) di Putrajaya dan perbincangan penyelidik makmal PPD bersama-sama dengan pegawai IRF berkaitan pemprosesan loji rintis penghadam anaerobik bagi penghasilan biogas dari sisa perbandaran. 

 

Tarikh Input: 29/07/2022 | Kemaskini: 29/07/2022 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEaRAD~