Majlis Sambutan Mega Raya IKP 2025 | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Majlis Sambutan Mega Raya IKP 2025

Majlis Sambutan Mega Raya IKP 2025

SERDANG, 24 April– Majlis Sambutan Mega Raya 2025 peringkat Institut Kajian Perladangan (IKP) telah berlangsung penuh meriah di Bilik Mesyuarat IKP. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah IKP, YBhg. Prof. Ts. Dr. Siti Khairunniza Bejo yang menyentuh tentang peranan IKP dalam memastikan agenda utama UPM dalam isu keterjaminan makanan dan planetary health dapat dicapai. Beliau turut membentangkan perancangan IKP untuk tahun 2025 melibatkan pengurusan sumber manusia, penyelidikan berimpak tinggi, pemerkasaan industri dan ekonomi, pembangunan bakat pelajar dan kesohoran diperingkat global.

Majlis diteruskan dengan jamuan hari raya dengan pelbagai menu hidangan antaranya seperti kambing golek, sate, lemang, charkuetiaw, kueh mueh dan menu yang dimasak sendiri oleh ahli IKP iaitu rendang ayam dan ketupat.  Majlis lebih bermakna dengan kehadiran mantan-mantan pengarah IKP, YBhg. Prof Dr Mohd Khanif Yusof, YBhg Prof. Datin Dr. Siti Nor Akmar Abdullah, YBhg. Prof. Dr. Robiah Yunus dan YBhg. Prof. Dr. Shaufique Fahmi Ahmad Sidique. Penyelidik, kolaborator dan pelajar siswazah daripada UDRP di bawah IKP iaitu UDRP Plantation Crops, UDRP Smart Farming turut sama memeriahkan majlis. Rakan PTJ yang turut hadir antaranya ialah Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Pejabat Bursar (BPOB A), Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Perubatan Veterinar dan Pusat Pertanian Putra (PPP).

 

 

 

Majlis sambutan ini bukan sekadar acara tahunan, tetapi juga sebagai platform untuk memperkukuhkan silaturahim serta menyemai semangat kebersamaan dalam keluarga besar IKP. Terima kasih kepada semua staf IKP yang telah bertungkus lumus memastikan majlis sambutan ini dapat direalisasikan dan berjalan lancar. Terima kasih juga kepada semua tetamu yang hadir memeriahkan majlis.

  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 25/04/2025 | Kemaskini: 25/04/2025 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 XXXX
W, (03:04:38am-03:09:38am, 13 Oct 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]