Malaysia Technology Expo 2022 (MTE 2022) | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Malaysia Technology Expo 2022 (MTE 2022)

Malaysia Technology Expo 2022 (MTE 2022)

21-25 Mei - Dua orang penyelidik daripada Laboratori Agronomi dan Perlindungan Tanaman Lestari, Institut Kajian Perladangan (IKP), iaitu Prof. Dr. Wong Mui Yun dan Prof. Madya Dr. Ganesan Vadamalai telah berjaya memenangi pingat perak dalam pertandingan inovasi antarabangsa, Malaysia Technology Expo 2022 (MTE 2022) dengan inovasi bertajuk “A Novel Protoplast Transformation Technology for Ganoderm boninense”. Ekspo ini telah diadakan secara maya bermula pada 21 sehingga 25 Mei 2022.

 

Inovasi ini merupakan hasil kerjasama dengan penyelidik daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) iaitu En. Lim Fook Hwa, Dr. Omar Abd. Rasid, Dr. Idris Abu Seman dan Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir. Kerjasama penbangunan inovasi ini turut melibatkan seorang penyelidik daripada Fakulti Pertanian, UPM iaitu Dr. Mohd As’wad Abdul Wahab.

 

Tarikh Input: 02/06/2022 | Kemaskini: 02/06/2022 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEaNAX~