MSSS Dialogue: Sustainable Land Use Management Towards Achieving National Food Security | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » MSSS Dialogue: Sustainable Land Use Management Towards Achieving National Food Security

MSSS Dialogue: Sustainable Land Use Management Towards Achieving National Food Security

Jun, 8 – Penyelidik daripada Institut Kajian Perladangan (IKP) telah dijemput oleh Malaysian Society of Soil Science (MSSS) untuk menghadiri Dialog MSSS bertajuk “DialogueSustainable Land Use Management Towards Achieving National Food Security” yang telah diadakan di Hotel Resort Bangi. Penyelidik daripada IKP diwakili oleh Prof. Dr. Wong Mui Yun (Timbalan Pengarah, IKP), Prof. Madya Dr. Nolila Mohd Nawi (Ketua, Laboratori Agronomi dan Perlindungan Tanaman Lestari) dan Dr. Erneeza Mohd Hata (Pegawai Penyelidik, IKP).

 

Dialog ini dikendalikan oleh Dr. Wan Noordin Wan Daud. Barisan panel pula terdiri daripada Dr. Che’ Fauziah Ishak (Felo MSSSS),  Dr. Ghulam Mohammed Hashim (Felo MSSS/MARDI), Dr. Xavier Arulandoo (United Plantations Berhad) dan Dr. Mohd Shafar Jefri Mokhatar (UPM). Majlid ini telah disertai oleh 60 peserta daripada pelbagai universiti, agensi kerajaan serta pihak industri. Berdasarkan perbincangan, satu resolusi telah dirangka berkaitan dengan pengurusan guna pakai tanah secara mampan di Malaysia.

 

  

Tarikh Input: 29/06/2022 | Kemaskini: 29/06/2022 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEYJAu~