Pelantikan Ketua Laboratori IKP Sebagai Penyelidik Pelawat Ke Badan Riset Inovasi Nasional (BRIN), Indonesia | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Pelantikan Ketua Laboratori IKP sebagai penyelidik pelawat ke Badan Riset Inovasi Nasional (BRIN), Indonesia

Pelantikan Ketua Laboratori IKP sebagai penyelidik pelawat ke Badan Riset Inovasi Nasional (BRIN), Indonesia

27 Sept. - Susulan daripada lawatan ahli pengurusan Institut Kajian Perladangan (IKP) ke Badan Riset Inovasi Nasional (BRIN), Indonesia pada November 2022, perjanjian persefahaman (MoU) sedang dimuktamadkan dan aktiviti dua hala telah berjalan. Pada Februari 2023, 3 penyelidik dari BRIN telah membuat kunjungan balas ke IKP dan telah merangka beberapa aktiviti dan kerjasama penyelidikan yang akan di lakukan termasuk penyelidik dari IKP sebagai penyelidik pelawat atau visiting researcher (VR). Prof. Madya Dr. Mohd Rafein Zakaria adalah penyelidik pertama daripada IKP dan antara 7 VR daripada Universiti Putra Malaysia yang menyertai program di BRIN pada tahun 2023.

 

Beliau ditempatkan dalam kumpulan penyelidikan "Enzymes for Bioenergy" dibawah Pusat Penyelidikan Mikrobiologi Gunaan dan dibantu oleh Dr. Ika Rahmatul Layly sebagai hos. Sepanjang beliau di sana, beliau banyak terlibat secara langsung dalam perbincangan bersama penyelidik di BRIN dan juga membimbing pelajar siswazah yang menjalani latihan industri di BRIN. Beliau juga banyak berkongsi pengalaman sebagai penyelidik termasuk topik penyelidikan, permohonan geran serta penulisan saintifik kepada penyelidik di BRIN.

 

 

 Lawatan ke Ibu Pejabat BRIN, Jakarta

Perbincangan mingguan di antara hos dan pelajar pelatih

Perbincangan Kumpulan Bioenergy

Seminar hybrid “Circular Bioeconomy on Oil Palm Biomass based products”

 

Tarikh Input: 29/09/2023 | Kemaskini: 29/09/2023 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXFJCAu~