Pemeriksaan Keselamatan Dan Pekerjaan (PKK), UPM 2023 | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Pemeriksaan Keselamatan dan Pekerjaan (PKK), UPM 2023

Pemeriksaan Keselamatan dan Pekerjaan (PKK), UPM 2023

 

15 Mac – Institut Kajian Perladangan (IKP) telah menjalani sesi audit bagi Pemeriksaan Keselamatan dan Kesihatan (PKK) peringkat universiti. Seramai tujuh orang auditor daripada Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PPKKP) yang diketuai oleh En. Mohd Azman bin Ahmad dan seorang auditor jemputan dari Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAH) iaitu En. Mohamad Johadi Iskandar bin Che Jamil telah terlibat dalam audit ini. Pemeriksaan tersebut telah dijalankan ke atas semua makmal, rumah hijau transgenik, pejabat pentadbir dan semua bangunan di IKP.

Pemeriksaan telah dijalankan ke atas tujuh komponen utama seperti yang disenaraikan di bawah:

  1. Pematuhan Akta Perkhidmatan Bomba: Sistem Pencegahan Kebakaran
  2. Pematuhan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UPM 2010 dan Pelan Pengurusan Bencana UPM 2022
  3. Pematuhan Akta Kilang dan Jentera 1967,
  4. Pematuhan Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan) 2000,
  5. Pematuhan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005,
  6. Pematuhan Akta Biokeselamatan 2007 dan
  7. Skop Semakan Tindakan Lepas

 

Hasil daripada pemeriksaan tersebut, Ketua Auditor iaitu En Mohd Azman bin Ahmad telah mengumumkan yang IKP berjaya mengekalkan status cemerlang. Pihak pengurusan dan staf IKP sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan di persekitaran IKP bagi mewujudkan budaya kerja yang selamat dan sihat. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua staf IKP yang telah memberi komitmen bagi sesi audit kali ini.

Tarikh Input: 30/03/2023 | Kemaskini: 30/03/2023 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEaHAB~