Penganjuran Smart Farming Technology Workshop | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Penganjuran Smart Farming Technology Workshop

Penganjuran Smart Farming Technology Workshop

SERDANG, 29 Julai – Institut Kajian Perladangan (IKP) UPM telah menganjurkan Smart Farming Technology Workshop yang telah diadakan dengan jayanya di Bilik Sidang Jurutera, Fakulti Kejuruteraan. Penceramah-penceramah jemputan adalah daripada Lembaga Getah Malaysia (En. Mohd Hafiz Mohd Hazir, Research Officer), Jabatan Pertanian Malaysia (Encik Chong Seng Kiet, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kejuruteraan Pertanian), Applied Agricultural Resources Sdn Bhd. (Dr. Chen Zi Yan, Ketua Seksyen Geospatial), Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Dr. Mohd Azwan Mohd Bakri, Ketua Unit Mekanisasi dan Kejuruteraan) dan SD Guthrie Research Sdn Bhd. (Encik Abdullah Zawawi Mohamed, Ketua Robotik) telah dijemput untuk berkongsi maklumat berkaitan teknologi pertanian pintar yang telah dibangunkan di institusi masing-masing.

 

Penganjuran bengkel ini dapat memberikan pendedahan yang lebih mendalam kepada penyelidik UPM tentang status semasa dan perancangan akan datang berkenaan Teknologi Pertanian Pintar di industri dan agensi kerajaan berkaitan. Penyelidik-penyelidik UPM yang hadir adalah daripada Institusi Kajian Perladangan (IKP), Fakulti Kejuruteraan, Institut Perhutanan Tropika Dan Produk Hutan (INTROP), Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat dan Fakulti Sains yang telah menerima manfaat daripada bengkel ini.

 

 

Tarikh Input: 31/07/2024 | Kemaskini: 31/07/2024 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 XXXX
W, (03:38:22am-03:43:22am, 03 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]