Penganjuran ‘The 1st International Conference On Plantation Technology (ICPTech2021) | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Penganjuran ‘The 1st International Conference on Plantation Technology (ICPTech2021)

Penganjuran ‘The 1st International Conference on Plantation Technology (ICPTech2021)

23-24 November - Institut Kajian Perladangan (IKP) telah berjaya menganjurkan the 1st International Conference on Plantation technology (ICPTech2021) bersempena dengan the 14th Regional Conference on Computer and Information Engineering 2021 (RC CIE2021). Program secara maya ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin, Menteri di Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Program ini telah disertai oleh lebih 140 peserta yang mewakili 14 buah negara termasuk Amerika Syarikat, Australia, Japan, China, Korea Selatan, Turki, Portugal, Nigeria, Iraq, India, Sudan, Indonesia, Vietnam dan Malaysia. Antara penyampai utama dalam program ini ialah Prof. Dr. John Schueller, (University of Florida, Amerika Syarikat), Prof. Dr. Deng Ganran (Chinese Academy of Tropical Agriculture Sciences-CATAS, China), Dr. Mohd Azwan Mohd Bakri (Lembaga Minyak Sawit Malaysia), dan Prof. Ir. Dr. Azmi Yahya (Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia).

Pada hari kedua, para peserta telah berpeluang mengikuti forum yang bertajuk “Potensi Penggunaan Teknologi Mekanisasi, Automasi dan Pendigitalan untuk Sektor Perladangan yang Mampan di Malaysia”. Ahli panel terdiri daripada pakar tanaman perladangan dan pakar dalam teknologi IR4.0. Forum tersebut telah dimoderasikan oleh Prof. Sr. Gs. Dr. Abdul Rashid Mohamed Shariff, penyelidik bersekutu di Makmal Teknologi Sistem Perladangan dan Mekanisasi, IKP. Secara keseluruhan, program konferensi selama dua hari ini telah berjaya membincangkan isu semasa dalam sektor perladangan dan teknologi terkini yang boleh digunakan di ladang untuk meningkatkan hasil dan mengurangkan kos operasi. Mengikut laporan maklumbalas daripada peserta, mereka amat berpuas hati dengan konferensi ini.  

Tarikh Input: 02/12/2021 | Kemaskini: 02/12/2021 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXETPA5~