Penyelidik IKP Berkongsi Peranan Jurutera Pertanian Di Malaysia Di Pentas Antarabangsa | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Penyelidik IKP berkongsi peranan jurutera pertanian di Malaysia di pentas antarabangsa

Penyelidik IKP berkongsi peranan jurutera pertanian di Malaysia di pentas antarabangsa

Februari, 3 – Ketua, Laboratori Teknologi Sistem Perladangan dan Mekanisasi (PSTM), Institut Kajian Perladangan (IKP), Prof. Madya Dr Nazmi Mat Nawi telah dijemput oleh Visayas State University, Filipina sebagai salah seorang pengucaptama dalam konvensyen serantau Persatuan Jurutera Pertanian dan Biosistem Filipina (PSABE) yang telah diadakan di Dewan RDE, Visayas State University pada 2-3 Februari 2023. Konvensyen yang telah berlangsung selama dua hari ini telah dihadiri oleh 250 orang jurutera pertanian daripada wilayah-8, Filipina. Tema konvensyen tersebut ialah “Empowered agricultural and Biosystems Engineers: Effective Catalysts for Countryside Development and National Food Security”. Dalam konvesyen tersebut, Dr. Nazmi telah menyampaikan ceramah yang bertajuk “Adoption of IR4.0 in the Agricultural Sector in Malaysia: The Role of Agricultural Engineers.

Dalam ceramah beliau, Dr. Nazmi telah berkongsi peranan jurutera pertanian di Malaysia dalam memodenkan sektor pertanian menggunakan teknologi digital pada era revolusi industri 4.0. Beliau juga telah berkongsi tahap penggunaan dan cabaran yang dihadapi oleh industri pertanian untuk menggunakan teknologi digital tersebut. Di samping itu, Dr. Nazmi juga menerangkan peranan penyelidik daripada IKP dalam mempromosikan penggunaan teknologi digital kepada sektor pertanian di Malaysia melalui program penyelidikan dan pembangunan. Daripada konvesyen ini, beberapa projek kerjasama penyelidikan antara IKP dan Visayas State University telah dikenalpasti dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat.  

 

  

Tarikh Input: 27/02/2023 | Kemaskini: 27/02/2023 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEaWAB~