Perkongsian Pengalaman Mendapatkan Geran Industri Oleh Prof Dato’ Dr Mohd Ali Hassan | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Perkongsian Pengalaman Mendapatkan Geran Industri oleh Prof Dato’ Dr Mohd Ali Hassan

Perkongsian Pengalaman Mendapatkan Geran Industri oleh Prof Dato’ Dr Mohd Ali Hassan

Prof Dato’ Dr. Mohd Ali Hassan telah dijemput oleh pihak IKP untuk berkongsi pengalaman beliau tentang kejayaan mendapatkan geran-geran diperingkat industri. Sesi perkongsian ini bertujuan meningkatkan motivasi dan kesediaan dikalangan penyelidik muda untuk bekerjasama dengan pemain industri utama sektor perladangan negara. Sesi ini dihadiri oleh 30 orang peserta yang berdaftar dari pelbagai bidang penyelidikan dan ditonton secara maya selama dua jam membincangkan topik-topik berkaitan keperluan dan perspektif industri, pembangunan kendiri dan persediaan untuk menjadi releven dalam sektor perladangan, kepentingan bekerja dalam kumpulan penyelidikan dengan ekosistem yang ideal serta tips dan strategi yang boleh dan tidak boleh dibuat semasa membentang dan mempertahankan proposal. Sesi perkongsian ini diharap dapat memberi aspirasi dan bimbingan kepada penyelidik-penyelidik muda terutamanya dalam mempersiapkan diri menghadapai cabaran dalam sektor perladangan pada masa depan.

Tarikh Input: 18/08/2021 | Kemaskini: 18/08/2021 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEbLAh~