Perpindahan Dan Penerimaan Staf Di Institut Kajian Perladangan (IKP), UPM | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Perpindahan dan Penerimaan Staf di Institut Kajian Perladangan (IKP), UPM

Perpindahan dan Penerimaan Staf di Institut Kajian Perladangan (IKP), UPM

 

 

Pada awal tahun 2023, dua staf Institut Kajian Perladangan (IKP) iaitu En. Wan Mohd Radzi Wan Ismail (Penolong Pendaftar Kanan) dan En. Izamri Md. Nor (Pembantu Tadbir-Perkeranian/Operasi) telah berpindah ke PTJ baharu masing-masing ke Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) dan Perpustakaan Sultan Abdul Samad. Warga IKP sangat menghargai jasa dan sumbangan yang telah diberikan oleh kedua-dua pegawai tersebut sepanjang berkhidmat di IKP, semoga budaya kecemerlangan dapat diteruskan di PTJ baharu.

Seiring dengan perpindahan staf tersebut, IKP juga menerima kehadiran staf baharu iaitu Pn. Haliena Azhar (Penolong Pendaftar Kanan) dan En. Hanafiah Ismail (Pembantu Tadbir-Perkeranian/Operasi). Puan Haliena telah memulakan perkhidmatannya pada 16 Januari 2023, manakala En. Hanafiah pada 20 Mac 2023. IKP juga telah menerima Penolong Pegawai Sains baharu iaitu En. Hishamuddin Hashim yang telah memulakan perkhidmatan pada 3 April 2023. Warga IKP mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan kedatangan staf baharu. Semoga dengan kehadiran staf baharu ini akan dapat memantapkan lagi perkhidmatan dan kecemerlangan di IKP.

Tarikh Input: 17/04/2023 | Kemaskini: 17/04/2023 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXESOAv~