Pertukaran Staf Di Institut Kajian Perladangan (IKP), UPM | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Pertukaran Staf di Institut Kajian Perladangan (IKP), UPM

Pertukaran Staf di Institut Kajian Perladangan (IKP), UPM

     

 

SERDANG, 20 Mei -  Institut Kajian Perladangan (IKP), UPM telah menerima kehadiran staf baharu iaitu Puan Siti Hasura Binti Surate (Pembantu Tadbir-Perkeranian dan Operasi). Sebelum ini Puan Siti Hasura telah berkhidmat di Pusat Pertanian Putra (PPP) selama 17 tahun. Puan Siti Hasura secara rasmi memulakan tugas di IKP bermula 20 Mei 2024.

Manakala En. Nuzul Shazrin Zulnaidi (Pembantu Tadbir-Perkeranian dan Operasi) yang telah berkhidmat di IKP selama 9 tahun bermula 15 Januari 2015 sehingga 17 Mei 2024 akan berpindah ke PTJ baharu iaitu Pusat Pertanian Putra (PPP) berkuatkuasa 20 Mei 2024.

Warga IKP mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan kedatangan Puan Siti Hasura. Semoga dengan kehadiran staf baharu ini akan dapat memantapkan lagi perkhidmatan dan kecemerlangan di IKP. Warga IKP merakamkan setinggi penghargaan atas jasa dan sumbangan yang telah diberikan oleh En. Nuzul Shazrin sepanjang berkhidmat di IKP. Semoga budaya kecemerlangan dapat diteruskan di PTJ baharu.

 

 

Tarikh Input: 20/05/2024 | Kemaskini: 20/05/2024 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 XXXX
W, (02:51:56am-02:56:56am, 16 Oct 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]