|
Serdang, 14 Jan – Kelab Siswazah IKP telah menganjurkan program bertajuk “Mental Health & Stress Management: Taking Care of Your Mental Health” bertempat di Institut Kajian Perladangan. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran warga IKP tentang kepentingan menjaga kesejahteraan emosi dan mental dalam kehidupan seharian. Speaker jemputan terdiri dari En. Kenny Lim, Pengarah Eksekutif Befriender Kuala Lumpur dan Prof. Datin Dr. Sherina Mohd Sidek, Pensyarah Jabatan Psikiatri, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM. En. Kenny Lim berkongsi peranan Befriender KL dalam membantu individu dan komuniti yang berdepan cabaran kesejahteraan emosi. Beliau menekankan kepentingan komunikasi untuk mencegah isu bunuh diri di Malaysia serta mengingatkan bahawa menjadi pendengar aktif adalah kunci dalam menangani isu sensitif. Antara perkara yang perlu dielakkan termasuk tidak enghakimi aduan, tidak memandang rendah masalah yang dikongsi serta tidak memberi jaminan palsu (false assurance). Sementara itu, Prof. Datin Dr. Sherina menekankan bahawa sokongan daripada orang sekeliling dapat membantu mencegah keadaan daripada menjadi lebih serius, menyokong intervensi awal, - menggalakkan mekanisme daya tindak sihat, serta membina budaya kampus yang lebih prihatin. Beliau turut memperkenalkan kaedah soal selidik yang dibangunkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai panduan mengenal pasti tahap stres individu sebelum keadaan menjadi lebih buruk. Program ini dihadiri seramai 15 orang peserta terdiri daripada staf dan pelajar siswazah IKP. Semoga usaha ini dapat meningkatkan kesedaran warga IKP tentang pentingnya pengurusan emosi dan mental demi kesejahteraan bersama. #IKP #MentalHealthAwareness #StressManagement #BefrienderKL #UPM |
||
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
Tarikh Input: 16/01/2026 | Kemaskini: 16/01/2026 | ainzubaidah

PEJABAT PENTADBIRAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG