MONTPELLIER, PERANCIS, 3-7 Jun – Dr. Anas Mohd Mustafah dan Prof Madya Dr. Nazmi Mat Nawi daripada Laboratori Teknologi Sistem Perladangan dan Mekanisasi, Institut Kajian Perladangan (IKP) telah menjalankan program mobiliti selama 5 hari di L’Institut Agro Montpellier.
L’Institut Agro Montpellier adalah sebuah pusat pengajian tinggi khas pertanian yang menghasilkan pelajar pasca-siswazah (MSc) and jurutera pertanian. Antara aktiviti sepanjang mobiliti tersebut adalah perjumpaan bersama pensyarah dan staf L’Institut Agro Montpellier berkaitan program pasca-siswazah mereka iaitu program Datamanager dan AgroTIC. Selain itu, perkongsian mengenai Chaire AgroTIC dan Mas Numérique juga menunjukkan kesungguhan dan keakraban antara institut akademik dan komuniti serta industri dalam memberikan pendidikan terbaik kepada pelajar disamping memajukan industri dengan penggunaan teknologi terkini di dalam pertanian.
Selain institusi akademik, mereka juga berpeluang melawat institusi penyelidikan pertanian seperti Agropolis, CIRAD, Arcad dan ITAP. Lawatan ini adalah menjurus ke arah membina jaringan penyelidikan dan perkongsian amalan terbaik penyelidikan dalam bidang automasi, fenotip, pengimejan dan spektrometer.
Melalui program mobiliti ini, diharapkan jaringan yang berkesan dapat dibina bersama staf dan penyelidik daripada L’Institut Agro Montpellier dan institusi penyelidikan lain di Montpellier dalam bidang pembelajaran dan penyelidikan di masa akan datang.
Tarikh Input: 28/06/2024 | Kemaskini: 28/06/2024 | ainzubaidah
PEJABAT PENTADBIRAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG