Program Sambutan Ihya’ Ramadan 2025 Di Institut Kajian Perladangan | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Program Sambutan Ihya’ Ramadan 2025 di Institut Kajian Perladangan

Program Sambutan Ihya’ Ramadan 2025 di Institut Kajian Perladangan

SERDANG, 7 Mac – Institut Kajian Perladangan (IKP) telah menganjurkan Program Sambutan Ihya’ Ramadan Institut Kajian Perladangan 2025. Dalam program ini, IKP telah menjemput En. Mohd Husni bin Harmin, Pengurus Pusat Rawatan Kecil (PRK) Darussyifa', Masjid UPM untuk memberikan ceramah bertajuk Pengisian Ramadan.

Antara pengisian ceramah adalah kita digalakkan untuk memperbanyakkan amalan doa. Antaranya doa supaya dikurniakan hidayah kerana do aini merupakan amalan yang terbaik. Di samping doa-doa lain seperti doa supaya dikurniakan tubuh badan yang sihat untuk beribadah, doa supaya direzekikan sifat istiqamah dan doa untuk kedua ibu bapa.

Penceramah turut menyelitkan sejarah berkaitan Ramadan dan Al-Quran. Menurut beliau, Ramadan merupakan bulan terbaik antara 12 bulan kerana Al-Quran diturunkan pada bulan tersebut. Al-Quran diturunkan secara sekaligus dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah dan secara beransur-ansur kepada Rasulullah SAW. Kita diingtkan supaya berazam untuk sentiasa memperbaiki bacaan Al-Quran.

Akhir sekali, penceramah mengingatkan supaya semua pendengar untuk melakukan apa yang dikatakan agar tidak dipersoal di Hari Akhirat kelak. Semoga Ramadan kali ini membawai 1001 rahmat kepada semua.

Tarikh Input: 28/03/2025 | Kemaskini: 28/03/2025 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 XXXX
W, (05:26:21am-05:31:21am, 13 Oct 2025)   [*LIVETIMESTAMP*]