Seminar Penyelidikan IKP Oleh Dr Halimatun Saadiah Hafid | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Seminar Penyelidikan IKP oleh Dr Halimatun Saadiah Hafid

Seminar Penyelidikan IKP oleh Dr Halimatun Saadiah Hafid

Ogos 30  - Institut Kajian Perladangan (IKP) telah menganjurkan Seminar Penyelidikan IKP Siri 8/2022 yang bertajuk Role of Pre-treatment Towards Bioconversion of Lignocellulosic Biomass into Value-added Products” yang telah disampaikan oleh Dr. Halimatun Saadiah Hafid, pegawai penyelidik dari Laboratori Pemprosesan dan Pembangunan Produk, IKP. Seminar ini telah memberikan pendedahan tentang kepentingan proses pra-rawatan dalam penukaran biojisim pertanian kepada produk nilai tambah.

 

Proses pra-rawatan yang boleh dikelaskan sebagai fizikal, kimia, biologi, biokimia dan termokimia merupakan halangan utama dalam pemprosesan biojisim pertanian yang bermatlamat untuk memecahkan struktur biojisim lignoselulosa untuk penghasilan bahan berasaskan biotenaga atau bioproduk. Dr Halimatun juga menekankan tentang kepentingan pemilihan pra-rawatan yang sesuai kerana proses ini bukan sahaja memberi kesan kepada hasil dan kualiti produk, tetapi juga melibatkan modal permulaan dan kos operasi yang tinggi seterusnya mempengaruhi nilai ekonomi keseluruhan proses. Lebih daripada 40 peserta daripada UPM dan agensi luar telah turut serta dan menerima input bermanfaat daripada seminar kali ini.

 

 

Tarikh Input: 11/10/2022 | Kemaskini: 11/10/2022 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXETTAo~