Seminar Penyelidikan IKP Oleh Dr Soyoye Babatunde Oluwamayokun | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Seminar Penyelidikan IKP oleh Dr Soyoye Babatunde Oluwamayokun

Seminar Penyelidikan IKP oleh Dr Soyoye Babatunde Oluwamayokun

Januari, 26  - Institut Kajian Perladangan (IKP) telah menganjurkan Seminar Penyelidikan IKP Siri 1/2023 yang bertajuk “Development of an Indigenous Planter for Sustainable Grain Crops Production” yang telah disampaikan oleh Dr Soyoye Babatunde. Dr. Soyoye merupakan seorang pembantu professor di Pusat Pengajian Kejuruteraan dan Teknologi Kejuruteraan, University of Technology Akure (FUTA), Nigeria. Pada masa ini, beliau merupakan seorang penyelidik pasca-doktoral di Laboratori Teknologi Sistem Perladangan dan Mekanisasi, IKP di bawah seliaan Prof. Madya Dr Nazmi Mat Nawi.

 

Seminar ini membincangkan tentang rekabentuk dan penghasilan mesin penanam jagung baris tunggal untuk kegunaan petani di Nigeria bagi meningkatkan pengeluaran tanaman jagung. Rekaan mesin penanam jagung berkuasa elektrik ini berupaya untuk mengesan objek yang jatuh pada radius 0.7 mm dari tiub penghantar mesin dan berkebolehan untuk memantau biji benih yang terjatuh dari mesin secara tepat. Dr. Soyoye menekankan bahawa mesin penanam biji benih ini mampu membantu menanam biji benih pada kedudukan yang dikehendaki oleh petani sekaligus dapat menjimatkan masa dan mengurangkan penggunaan tenaga buruh. Seramai 45 orang peserta dari UPM dan agensi yang lain telah mendapat manfaat dari perkongsian seminar ini.

Tarikh Input: 27/02/2023 | Kemaskini: 27/02/2023 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEUCAf~