Seminar Penyelidikan IKP Oleh Dr. Yasmeen Siddiqui | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Seminar Penyelidikan IKP oleh Dr. Yasmeen Siddiqui

Seminar Penyelidikan IKP oleh Dr. Yasmeen Siddiqui

Mac, 30  - Institut Kajian Perladangan (IKP) telah menganjurkan Seminar Penyelidikan IKP Siri 2/2023 yang bertajuk “Basal Stem Rot a Threat to Oil Palm Industry: Potential Management Techniques” yang telah disampaikan oleh Dr. Yasmeen Siddiqui, felo penyelidik di Laboratori Agronomi dan Perlindungan Tanaman Lestari, IKP. Beliau merupakan pakar dalam bidang patologi tumbuhan, patologi pasca tuai dan pengurusan penyakit. Penyelidikan terkini beliau adalah berkaitan dengan pengurusan penyakit lestari bagi tanaman hortikultur dan perladangan terutamanya yang berkaitan dengan penyakit reput pangkal batang (BSR) kelapa sawit. Beliau juga terlibat dalam pembangunan produk bio-racun dan pengurusan sisa pertanian melalui penguraian mikrob.

 

Dalam seminar ini, Dr. Yasmeen menekankan impak BSR dalam industri kelapa sawit dan merumuskan strategi bagi mengawal penyakit tersebut. Bliau juga menekankan berkenaan ketidakberkesanan langkah kawalan adalah disebabkan oleh kurangnya pemahaman asas tentang bagaimana patogen tersebut menyesuaikan diri pada perumah dan peranan patogen tersebut dalam penguraian komponen kayu. Daripada penyelidikan yang dijalankan, beliau merumuskan bahawa asid fenolik boleh digunakan sebagai salah satu strategi yang berpotensi untuk mengawal penyakit BSR dan menghalang peringkat biodegradasi batang pokok akibat jangkitan G.boninense.

 

Tahap penguraian batang kayu yang dijangkiti boleh dirawat menggunakan kulat reput putih (WRF) yang telah diformulasi bagi mengurangkan kadar jangkitan G.boninense. Teknik ini boleh dipilih oleh ladang kelapa sawit bagi membantu dalam pengurusan sisa dan bagi mengurangkan isu penyakit berpunca daripada Ganoderma. Lebih daripada 85 peserta daripada UPM, UPMKB dan agensi lain termasuk Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Simer Darby dan Institute Penyelidikan Gambut Tropika Sarawak telah menghadiri dan mendapat manfaat daripada seminar ini. Tonton video penuh seminar ini di Facebook, Institut Kajian Perladangan:

https://www.facebook.com/100013998433271/posts/pfbid03NWeB97PFdc1v9WZPpRhWhx4d6wqzVHBv88KKHnjU45KfsB5X67ELtQePisBBJ6Nl/?mibextid=cr9u03

 

Tarikh Input: 17/04/2023 | Kemaskini: 17/04/2023 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEZBAE~