Seminar Penyelidikan IKP Oleh Prof. Datin Dr. Siti Nor Akmar Abdullah | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Seminar Penyelidikan IKP oleh Prof. Datin Dr. Siti Nor Akmar Abdullah

Seminar Penyelidikan IKP oleh Prof. Datin Dr. Siti Nor Akmar Abdullah

June 23 – Institut Kajian Perladangan (IKP) telah menganjurkan Seminar Penyelidikan IKP Siri 5/2022 bertajuk “Competitive Edge for Plantation Crops through CRISPR Technology” yang disampaikan oleh Prof. Datin Dr. Siti Nor Akmar Abdullah. Program seminar secara atas talian ini telah dimoderasikan oleh Dr. Kong Lih Ling dan telah disertai oleh 118 peserta daripada pelbagai universiti, agensi kerajaan dan swasta.

 

Seminar ini memperkenalkan Clustered Regularly Interspaced Short Palindromic Repeat (CRISPR) sebagai kaedah yang tepat dan kos efektif untuk menyesuaikan tumbuhan untuk menghadapi cabaran masa depan. CRISPR membolehkan penyuntingan dan peningkatan aktiviti gen sasaran terpilih berdasarkan pemahaman tindakan dan interaksinya dengan gen lain. Para saintis boleh menggunakan sistem CRISPR/dCas9 untuk mengkaji fungsi gen ini dan menentukan interaksi antara gen dalam perumah endogen atau semula jadi. Alat CRISPR/dCas9 (contoh: CRISPRa dan penyuntingan asas) membolehkan penyelidik memanfaatkan kekayaan variasi semula jadi untuk membina tanaman yang lebih baik yang tidak dapat dilakukan melalui kaedah pembiakan tradisional.

 

Pautan video: https://www.facebook.com/100013998433271/videos/444795810386187/

 

 

Tarikh Input: 29/07/2022 | Kemaskini: 29/07/2022 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEZUAG~