Seminar Penyelidikan IKP Oleh Prof. Madya Dr. Rozita Omar | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Seminar Penyelidikan IKP oleh Prof. Madya Dr. Rozita Omar

Seminar Penyelidikan IKP oleh Prof. Madya Dr. Rozita Omar

14 Mac – Institut Kajian Perladangan (IKP) telah menganjurkan IKP Seminar Penyelidikan Siri 3/2022 yang bertajuk “Microwave Applied Technology: Waste to Value Added Products”. Seminar tersebut  telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Rozita Omar, penyelidik bersekutu di Laboratori Pemprosesan dan Pembangunan Produk, IKP dan pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar, Fakulti Kejuruteraan, UPM. Program seminar secara atas talian ini telah dimoderasikan oleh Dr. Erneeza Mohd Hata dan telah disertai oleh 145 orang peserta.

 

Fokus seminar adalah terhadap penggunaan teknologi gelombang mikro dalam transformasi sisa biojisim daripada hasil sampingan yang bernilai rendah kepada tenaga dan bioproduk baharu. Aplikasi pemanasan gelombang mikro telah mendapat perhatian berdasarkan kelebihannya dalam memanaskan sisa biojisim dengan cepat dan berkesan serta berpotensi untuk diaplikasikan dalam proses pra-rawatan sisa.

 

Tarikh Input: 31/03/2022 | Kemaskini: 31/03/2022 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEZAAS~