Sesi Perkongsian “Bagaimana Mendapatkan Dana Jaringan Industri-MRC” Oleh Prof Madya Ir. Dr. Nadras Othman | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Sesi Perkongsian “Bagaimana Mendapatkan Dana Jaringan Industri-MRC” oleh Prof Madya Ir. Dr. Nadras Othman

Sesi Perkongsian “Bagaimana Mendapatkan Dana Jaringan Industri-MRC” oleh Prof Madya Ir. Dr. Nadras Othman

Institut Kajian Perladangan (IKP) telah menganjurkan sesi perkongsian bertajuk “Bagaimanakah memperolehi Dana Jaringan Industri-MRC” yang disampaikan oleh Prof Madya Ir. Dr. Nadras Othman dari Universiti Sains Malaysia. Webinar ini telah dijalankan pada 14 September 2021 dan ditonton secara maya bersama-sama 15 peserta yang terdiri dari penyelidik IKP dari pelbagai latarbelakang penyelidikan. Objektif perkongsian ini ialah untuk memberikan pendedahan awal berkaitan program Dana Jaringan Industri-MRC yang dilancarkan oleh Lembaga Getah Malaysia. Prof Madya Ir. Dr. Nadras Othman yang dianugerahkan Dana Jaringan Industri-MRC telah berkongsi pengalaman, strategi dan tips untuk memperolehi dana ini. Dana Jaringan Industri-MRC menyediakan platform kepada pihak industri untuk memanfaatkan kepakaran dan inovasi di dalam bidang pembangunan penyelidikan (RnD) di universiti-universiti awam dan swasta di Malaysia. Bidang tumpuan utama seperti produk berasaskan lateks, produk “dry-rubber”, automasi dan penambahbaikan proses, pengurusan sisa pepejal dan rawatan air sisa, penggunaan teknologi hijau dan kelestarian, penjimatan tenaga dan teknik pembuatan maju telah disasarkan dan menjadi perhatian utama dalam sesi perbincangan ini. Beliau sangat menggalakkan penyelidik muda untuk memperkukuhkan hubungan dengan pemain industri utama getah dan mengambil peluang untuk mendapatkan dana ini seterusnya meningkatkan daya saing produk getah Malaysia di pasaran global.

 

 

Tarikh Input: 20/09/2021 | Kemaskini: 20/09/2021 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEaWAJ~