SERDANG, 16 April – Institut Kajian Perladangan (IKP) telah mengadakan program “Sharing Session by Malaysian Rubber Council (MRC): Grant Opportunities and Industrial Networking“yang disampaikan oleh Puan Sakinah Azmi (Pegawai Eksekutif, MRC). Program yang diadakan di Bilik Mesyuarat IKP ini telah dihadiri oleh Prof. Ts. Dr. Siti Khairunniza Bejo (Pengarah IKP), Prof. Dr. Wong Mui Yun (Timbalan Pengarah IKP) serta penyelidik-penyelidik di bawah program penyelidikan IKP iaitu UDRP Plantation Crops dan UDRP Smart Farming. Wakil Majlis Getah Malaysia yang turut serta dalam program ini ialah Dr. Nur Aainaa Syafini Mohd Radzi (Pengarah, Pengkomersilan dan Teknikal, Pemasaran dan Pembangunan) dan Puan Kavitha Apparow.
Puan Sakinah memberikan penerangan berkenaan peranan MRC sebagai pemudah cara dalam pengurusan penyelidikan & pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (R&D&C&I). Beliau juga menerangkan tentang potensi geran dan jaringan industri yang ditawarkan oleh MRC yang berfokus ke arah pengkomersialan produk/teknologi bagi pasaran industri berasaskan getah. Sesi ini telah memberi manfaat kepada ahli UDRP IKP untuk memahami peluang geran dan jaringan industri yang ditawarkan oleh MRC, serta potensi penglibatan dalam penyelidikan atau pengkomersialan yang berasaskan sektor pertengahan (midstream) dan hiliran (downstream) dalam industri getah, yang merupakan fokus utama MRC. |
Tarikh Input: 22/04/2025 | Kemaskini: 22/04/2025 | ainzubaidah
PEJABAT PENTADBIRAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG