Simposium Kerjasama Antarabangsa Pengajian Tinggi China-Malaysia | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP) ikp
» BERITA » Simposium Kerjasama Antarabangsa Pengajian Tinggi China-Malaysia

Simposium Kerjasama Antarabangsa Pengajian Tinggi China-Malaysia

 

SERDANG, 17 Julai – Delegasi dari Pendidikan China atas talian dengan kerjasama beberapa universiti di seluruh China telah melawat Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 17 Julai 2024 yang terdiri daripada Presiden Persatuan Pendidikan Malaysia-China, Pengarah dan Timbalan Pengarah Pusat Pendidikan Antarabangsa Pendidikan China atas talian, Naib Presiden Politeknik Teknologi Guangdong, Dekan dan Profesor Institut Kajian Antara Disiplin Politeknik Teknologi Guangdong, Dekan dan Profesor Kolej Kesusasteraan dan Media di Politeknik Teknologi Guangdong, Setiausaha Parti dan Felo Penyelidik Bersekutu Sekolah Pendidikan Antarabangsa di Politeknik Teknologi Guangdong, Pengurus Projek Pejabat Hal Ehwal Antarabangsa di Institut Teknologi Harbin (Shenzhen), Timbalan Pengarah dan kakitangan Pejabat Pertukaran dan Kerjasama Antarabangsa di Universiti Pertanian Timur Laut, Dekan dan kakitangan Pusat Pengajian Pendidikan Antarabangsa di Universiti Kewangan & Ekonomi Nanjing.

 

Institut Kajian Perladangan (IKP) telah mengambil bahagian dalam Simposium Kerjasama Antarabangsa Pengajian Tinggi China-Malaysia selama setengah hari di mana pengarah IKP memperkenalkan IKP dan berkongsi hasil penyelidikan sebagai sesi perbincangan untuk menjalinkan hubungan yang lebih erat dengan Institusi China. Impak segera daripada lawatan itu menyaksikan kedua-dua pihak (IKP dan Institusi Cina) bersetuju dengan rancangan kerjasama pertukaran pelajar dua hala, lawatan sambil belajar, pameran pendidikan dan seminar akademik.

Tarikh Input: 01/08/2024 | Kemaskini: 01/08/2024 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 XXXX
X, (02:59:07am-03:04:07am, 08 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]