SERDANG, 25 September – Institut Kajian Perladangan (IKP), Universiti Putra Malaysia (UPM), telah menganjurkan siri Hari Menulis IKP 2025 dengan menampilkan syarahan yang penuh inspirasi oleh Prof. Dato’ Dr. Mohd Ali Hassan bertajuk “The Research Journey: Aligning Publications, Graduation and Societal Impact.”
Program yang berlangsung pada 25 September 2025 di IKP UPM ini telah dihadiri oleh pelajar siswazah, dan penyelidik yang berpeluang mendengar perkongsian daripada Prof. Dato’ Dr. Mohd Ali Hassan mengenai penyelidikan selaras dengan pencapaian akademik serta impak kepada masyarakat.
Prof. Ali, yang baru-baru ini tersenarai dalam 2% Teratas Saintis Dunia (2024), merupakan figura yang dihormati dalam dunia akademik. Dengan lebih 23,000 sitasi dan indeks-h sebanyak 77, beliau bukan sahaja menjadi rujukan dalam bidang bioteknologi dan pertanian, malah menjadi inspirasi kepada generasi penyelidik muda.
Dalam syarahannya, Prof. Ali menekankan bahawa penyelidikan bukan sekadar memenuhi keperluan akademik, tetapi harus mempunyai tujuan yang jelas, berimpak tinggi, dan berorientasikan masyarakat. Beliau turut berkongsi pengalaman peribadi, cabaran yang dihadapi sepanjang kerjaya, serta strategi untuk membina ekosistem penyelidikan yang mampan.
💡 Antara intipati utama yang dikongsikan:
Sebagai tanda penghargaan, Prof. Ts. Dr. Siti Khairunniza Bejo, Pengarah IKP, telah menyampaikan cenderamata kepada Prof. Ali, menghargai sumbangan beliau kepada komuniti penyelidik dan kehadiran beliau yang memberi inspirasi pada acara tersebut.
![]() |
![]() |
![]() |
|
![]() |
Tarikh Input: 26/09/2025 | Kemaskini: 26/09/2025 | ainzubaidah
PEJABAT PENTADBIRAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG