TAHNIAH! - Finalis Omnipreneurship Award 2021: Sustainability Branch | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » TAHNIAH! - Finalis Omnipreneurship Award 2021: Sustainability Branch

TAHNIAH! - Finalis Omnipreneurship Award 2021: Sustainability Branch

 

 

Jun, 28 – Penyelidik bersekutu daripada Laboratori Pemprosesan dan Pembangunan Produk, Institut Kajian Perladangan (IKP), Prof. Ir. Dr. Robiah Yunus dan kumpulan penyelidiknya telah terpilih untuk menyertai peringat akhir Omnipreneurship Awards 2021: Sustainability Branch yang dianjurkan oleh Petromin Corporation (Petromin). Petromin merupakan anak syarikat Al-Dabbagh Group (ADG) ialah peneraju syarikat minyak pelincir dan servis automotif di Kerajaan Arab Saudi dan merupakan penaja utama mencari rakan kerjasama untuk menyelesaikan isu penggunaan minyak masak terpakai. Matlamat utama anugerah ini ialah untuk mengenalpasti “Next Big Thing” dengan penyelesaian teknologi dan mewujudkan ekonomi kitaran (circular economy) dalam penyelesaian industri secara mobility.

 

Prof. Ir Dr. Robiah dan kumpulan penyelidiknya akan bersaing dengan finalis daripada King Abdullah University of Science and Technology (KAUST), Jeddah di peringakat akhir untuk memenangi anugerah geran berjumlah US$1 juta. Kedua finalis telah dianugerahkan geran sebanyak US$20,000 sebagai pemenang cabaran di peringkat fasa 1 dan membantu mereka dalam persiapan bagi pembentangan di peringkat akhir. Pemilihan teknologi yang dicadangkan harus menepati kriteria dari segi kebolehskalaan, kelestarian, berimpak, kos efektif, dan ciri `game changing` terhadap ekosistem yang dapat membuka peluang potensi perniagaan yang wujud dalam industri.

 

IKP merakamkan setinggi ucapan tahniah kepada Prof Ir Dr Robiah Yunus dan kumpulan penyelidiknya diatas kejayaan memperolehi anugerah tersebut dan mengucapkan selamat maju jaya dalam pertandingan akhir memenangi hadiah utama berjumlah US$ 1 juta.

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 12/08/2022 | Kemaskini: 12/08/2022 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEaOAR~