
|
Institut Kajian Perladangan (IKP), Universiti Putra Malaysia (UPM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Jess Bryan M. Alvariño atas pelantikan semula beliau sebagai Pegawai Perhubungan NextGeNRE (Kumpulan Pakar Belia IRRDB) bagi sesi 2026 - 2028. Pelantikan ini mencerminkan dedikasi, kepimpinan yang cemerlang serta sumbangan bermakna beliau dalam memperkasa penglibatan belia dan mengukuhkan kehadiran global IRRDB. Sebagai seorang pelajar Doktor Falsafah (Ph.D.) di Institut Kajian Perladangan (IKP), UPM, Encik Alvariño terus menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan profesional, khususnya dalam memajukan penyelesaian lestari bagi sektor getah asli. IKP amat berbangga dengan pencapaian beliau dan mendoakan agar beliau terus melakar kejayaan serta cemerlang dalam semua usaha pada masa hadapan. |
Tarikh Input: 19/06/2026 | Kemaskini: 19/06/2026 | ainzubaidah

PEJABAT PENTADBIRAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG