Teknologi Mekanisasi Dan Robotik Untuk Ladang Koko | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Teknologi Mekanisasi dan Robotik Untuk Ladang Koko

Teknologi Mekanisasi dan Robotik Untuk Ladang Koko

23 Jun- Lembaga Koko Malaysia (LKM) telah menganjurkan Seminar Koko Kebangsaan 2022 di The Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu, Sabah pada 22 sehingga 23 Jun 2022. Program tersebut telah dirasmikan oleh Datuk Willie anak Mongin, Timbalan Menteri di Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Program ini telah dihadiri oleh kakitangan LKM, pemain industri, peladang dan usahawan koko daripada seluruh Malaysia. Semasa program tersebut, Ketua Laboratori Teknologi Sistem Perladangan dan Mekanisasi (TSPM), Institut Kajian Perladangan (IKP), Prof. Madya Dr. Nazmi Mat Nawi telah dijemput untuk membentangkan kertas kerja bertajuk “Future Technology with Robotic and Mechanization Application in Plantation Management, Processing and Production of Cocoa Product”.

 

Dalam seminar tersebut, Dr. Nazmi telah membentangkan teknologi mekanisasi dan robotik semasa dan teknologi masa hadapan yang berpotensi untuk diguna pakai dalam ladang koko. Beliau juga menunjukkan beberapa contoh teknologi mekanisasi dan robotik tempatan yang sedia ada yang boleh diubah suai untuk memenuhi keperluan ladang koko. Kelebihan penggunaan teknologi ini berbanding dengan kaedah manual juga telah diterangkan. Bagaimanapun, untuk memodenkan ladang koko dengan teknologi mekanisasi dan robotik, keluasan sesuatu ladang koko perlulah ditingkatkan terlebih dahulu. Sistem penanaman bersepadu boleh diwujudkan dikalangan peladang koko untuk membolehkan teknologi mekanisasi moden yang bersaiz besar digunakan dalam ladang. Selain daripada itu, penyedia perkhidmatan persendirian boleh juga diupah untuk menjalankan mesin perladangan dalam ladang koko yang dimiliki oleh pekebun kecil koko.

 

 

Tarikh Input: 15/08/2022 | Kemaskini: 15/08/2022 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEZMAw~