Event Title
G20 Germany 2017, Think 20 Dialogue - GLOBAL SOLUTIONS
Date
28 May 2017 - 30 May 2017
Event Summary
Dr. Umaiyal Munusamy postdoktoral dari Institut Pengajian Perladangan, Universiti Putra Malaysia telah dipilih sebagai salah satu daripada 100 “Young Global Changers†ke persidangan antarabangsa Think 20 Summit GLOBAL SOLUTIONS di Berlin baru-baru ini. Beliau telah dipilih dari kalangan 1300 calon dari 140 negara oleh Presidensi G20 Jerman.
The Think 20 telah diberi mandat oleh Presidensi Jerman Kumpulan Dua Puluh (G20) untuk mengenal pasti dan mengumpul idea yang paling relevan dari kumpulan pemikir dan dari kalangan saintis muda untuk menyediakan cadangan penyelesaian berasaskan penyelidikan untuk mengatasi masalah dunia. Sidang kemuncak itu menyentuh isu global utama seperti kestabilan kewangan, pembangunan mampan, penghijrahan, perubahan iklim dan digitalisasi.
Dr. Umaiyal Munusamy telah membentangkan mengenai “FOOD SECURITY†di persidangan berkenaan. Beliau telah dilantik oleh Presidensi G20 Jerman sebagai “Young Global Changers Ambassadors†di negara kita untuk melaksanakan apa yang telah diambilnya daripada persidangan itu.
Updated:: 24/06/2020 [ainzubaidah]