Event Title
IKP SEMARAK MERDEKA FUN RUN 2024
Date
30 Aug 2024 - 30 Aug 2024
Event Summary
Objektif pelaksanaan program ini ialah untuk menyemai semangat patriotisme di kalangan warga dan pelajar siswazah IKP serta mengeratkan silaturahim sesama ahli IKP di samping mempraktikkan amalan gaya hidup sihat.
Dalam program ini, Pengarah IKP, Prof. Ts. Dr. Siti Khairunniza Bejo turut hadir dan melancarkan Kelab Pelajar Siswazah IKP IKPPGSC). Beliau berkata “Dengan penglibatan pelajar siswazah dan staf IKP dalam program yang sama dapat memupuk semangat saling membantu dan menghormati antara satu sama lain dan selain dapat memupuk semangat usaha sama dalam mencapai kecemerlangan di IKP”.
Peserta larian dilepaskan sendiri oleh Penasihat Program IKP Semarak Merdeka Fun Run 2024, merangkap Timbalan Pengarah IKP, Prof. Dr. Wong Mui Yun. Larian telah disertai oleh lebih daripada 30 orang peserta dan acara berakhir pada jam 11.30 pagi. Semoga aktiviti seperti ini dapat memupuk semangat patriotik, perpaduan dan nilai murni di samping mengeratkan silaturahim di kalangan warga IKP.
![]()
Updated:: 03/09/2024 [ainzubaidah]