Tajuk Acara
Taklimat atas talian: Pelan Tindakan Insiden-IKP
Tarikh
15 Dec 2021 - 15 Dec 2021
Ringkasan Acara
IKP telah menjemput Prof. Madya Dr. Rafee Baharudin, Pengarah Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PPKKP), UPM untuk menyampaikan taklimat Pelan Tindakan Insiden berdasarkan pawaian yang baharu iaitu MS 2735:2021. Beliau memaklumkan, berdasarkan perundangan, PPKKP telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan seluruh warga UPM dan pelawat dalam keadaan sihat dan selamat selama berada di dalam kampus. Beliau turut menekankan bahawa latihan pengungsian bangunan adalah untuk menguji sejauh mana kesediaan pasukan ERT-PTJ termasuk peralatan dan sistem yang digunakan dalam menghadapi sesuatu insiden. Beliau turut mencadangkan agar IKP menyenaraikan beberapa bentuk insiden yang mungkin boleh berlaku di PTJ selain daripada kebakaran supaya ERT akan lebih responsif kepada sebarang kejadian yang tidak diingini sementara menunggu bantuan luar.
Kemaskini:: 23/12/2021 [ainzubaidah]