Technical Visit To Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd. (AAR) | INSTITUTE OF PLANTATION STUDIES (IKP)
» ACTIVITIES » Contact & Enquiries

Event Title
Technical Visit to Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd. (AAR)
Date
18 May 2023 - 18 May 2023
Time
09.00 - 04.00
Location
Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd. (AAR), Subang Jaya
Event Summary
18 Mei – Ahli pengurusan Institut Kajian Perladangan (IKP) telah mengadakan lawatan teknikal ke Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd. (AAR) di Petaling Jaya, Selangor. Lawatan ini telah diketuai oleh Timbalan Pengarah IKP, Prof. Dr. Wong Mui Yun yang turut disertai oleh Prof. Madya Dr. Nazmi Mat Nawi (Ketua, Laboratori Teknologi Sistem Perladangan dan Mekanisasi), Prof. Madya Dr. Mohd Rafein Zakaria (Ketua, Laboratori Pemprosesan dan Pembangunan Produk) dan Prof. Madya Dr. Ganesan Vadamalai (Ketua, Laboratori Agronomi dan Perlindungan Tanaman Lestari). Delegasi IKP telah disambut oleh Pengarah Penyelidikan AAR, En. Tey Seng Heng bersama dengan beberapa pengawai penyelidik daripada syarikat tersebut. Lawatan ini merupakan salah satu program jerayawara IKP untuk memperkenalkan IKP dan mewujudkan jaringan dengan syarikat swasta dan pemain utama dalam industri perladangan di Malaysia. Dalam lawatan ini, Prof. Dr. Wong telah berkongsi misi dan visi Institut, serta bidang penyelidikan khusus dan kepakaran di IKP. Delegasi IKP juga berpeluang mendengar tentang projek penyelidikan yang sedang dijalankan di AAR. Hasil daripada lawatan ini, beberapa projek kerjasama penyelidikan antara IKP dan AAR telah dikenalpasti dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Updated:: 03/07/2023 [ainzubaidah]

INSTITUTE OF PLANTATION STUDIES (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEcNAQ~