Research Officer From IKP Received SEARCA Sponsorship For Presenting Research Paper In Chiang Mai | INSTITUTE OF PLANTATION STUDIES (IKP)
» ACTIVITIES » Outbound Mobility Information

Event Title
Research Officer From IKP Received SEARCA Sponsorship for Presenting Research Paper in Chiang Mai
Date
18 May 2023 - 19 May 2023
Time
08.00 - 04.00
Location
Furama Hotel, Chiang Mai, Thailand
Event Summary
18 Mei- Universiti Maejo (MJU) telah berjaya menjadi tuan rumah untuk Forum Siswazah UC ke-8 di Hotel Furama di Chiang Mai, Thailand. Forum ini telah dianjurkan secara bersama oleh Konsortium Universiti Asia Tenggara untuk Pendidikan Siswazah dalam Pertanian dan Sumber Asli (UC), manakala Pusat Serantau Asia Tenggara untuk Pengajian Siswazah dan Penyelidikan dalam Pertanian (SEARCA) bertindak sebagai sekretariat. Temanya bagi forum tersebut ialah "Masa Depan Kelestarian Pertanian: Pertanian Pintar Organik." Sebanyak 54 kertas penyelidikan telah dibentangkan semasa sesi pleno dan selari bagi empat sub-tema. Salah seorang pegawai penyelidik Institut Kajian Perladangan (IKP), Pn. Siti Nooradzah Adam, telah ditaja oleh SEARCA untuk menghadiri forum tersebut dan membentangkan kertas penyelidikan yang bertajuk "Development of an Early Detection Method of Bacterial heart rot disease in Pineapple using Spectroscopic Technology" dalam sesi selari Digital Agro-Economy: BCG Model, Digital Economics, and Farm Management. Hasil pembentangan daripada sekurang-kurangnya 70 penyelidik, pakar, pengamal, penggubal dasar, dan pelajar dari Indonesia, Jepun, Malaysia, Filipina, Thailand, dan Taiwan, forum siswazah ini telah berjaya menyediakan platform bagi pertukaran idea, perbincangan teknologi terkini dan strategi bagi mengatasi cabaran sistem makanan dan pertanian semasa.

Updated:: 03/07/2023 [ainzubaidah]

INSTITUTE OF PLANTATION STUDIES (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEcWA4~