Outbound Student Mobility Programme To Ke Andalas University, Indonesia - World Class University Programme 2023 | INSTITUTE OF PLANTATION STUDIES (IKP)
» ACTIVITIES » Inbound Mobility Information

Event Title
Outbound Student Mobility Programme to ke Andalas University, Indonesia - World Class University Programme 2023
Date
07 May 2023 - 28 May 2023
Time
08.00 - 05.00
Location
Andalas University, Indonesia
Event Summary
Seramai lima (5) orang pelajar siswazah Institut Kajian Perladangan telah terpilih sebagai peserta World Class University Program 2023 anjuran Universitas Andalas, Indonesia yang telah berlangsung pada 7 - 28 Mei 2023. Pelajar yang telah terpilih ialah Mohd Naim Muhammad Ali, Dayana Chong Muhammad Amirul Solihin Chong, Zee Kar Mun, Nurfadzilah Madian dan Siti Saripa Rabiah Mat Lazim. Secara umumnya, penglibatan pelajar IKP dalam program mobiliti ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut: Memperluaskan pengalaman pendidikan bagi pelajar IKP di kampus Universitas Andalas Memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan kefahaman mereka mengenai isu dan perspektif global berkaitan dengan bidang ilmu yang diceburi; Menimba ilmu dan meneruskan kecemerlangan pelajar UPM agar menjadi graduan yang berwibawa, pencetus ilmu dan pemangkin kesarjanaan yang dihormati dan relevan kepada negara dan masyarakat global. Sepanjang dua minggu program berlangsung, pelajar telah terlibat dalam pelbagai aktiviti yang telah dijadualkan pihak Universitas Andalas. Antaranya ialah sesi beramah mesra bersama Dekan dan ketua-ketua jabatan, lawatan sekitar kampus dan pusat pelancongan tempatan, aktiviti kebudayaan bersama pelajar tempatan, program khidmat komuniti bersama petani, lawatan tapak ke ladang padi dan beberapa siri perbincangan bersama petani dan pelajar tempatan berkenaan teknologi, isu dan cabaran terkini dalam bidang pertanian di Malaysia dan Indonesia. Pelajar juga berpeluang menyampaikan perkongsian dalam satu sesi seminar yang dijalankan secara hybrid berkenaan bidang kajian masing-masing. Hasil daripada program ini, adalah diharapkan agar kerjasama dua hala dapat dipertingkatkan antara UPM dan Universitas Andalas disamping dapat meningkatkan pengalaman pendidikan pelajar siswazah IKP di dalam dan di luar kampus.

Updated:: 03/07/2023 [ainzubaidah]

INSTITUTE OF PLANTATION STUDIES (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEcXAm~