ICCGIA 2018) | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » ICCGIA 2018)

ICCGIA 2018)

Persidangan dan Bengkel Antarabangsa tentang Genomik Perbandingan dan Interaktomik untuk Pertanian (ICCGIA 2018) telah diadakan pada 30 Oktober - 2 November 2018. Penganjuran persidangan dan bengkel ini diketuai oleh Institut Kajian Perladangan (IKP) dengan kerjasama Fakulti Pertanian dan Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, UPM. UPM berterima kasih kepada kolaborator dari University of South Wales, United Kingdom dan Kampus Universiti Nottingham Malaysia atas sumbangan penting mereka dalam menjayakan  kedua-dua acara antarabangsa. ICCGIA 2018 yang memenuhi keperluan penyelidik dalm bidang yang agak khusus telah menarik penyertaan dari beberapa negara termasuk United Kingdom, Perancis, Australia, China dan Filipina. Ia terbukti menjadi persidangan yang sangat bermanfaat dengan barisan pembentang seminar antarabangsa dan tempatan yang berkualiti dan liputan yang menarik oleh penyampai poster.

 

Genomik komparatif dan interaktomik adalah bidang khusus yang berpotensi besar dalam menimba maklumat yang tersimpan dalam genom tumbuhan untuk menawarkan penyelesaian kepada masalah pertanian. Bidang-bidang ini telah dibawa ke barisan hadapan sejak ketersediaan informasi urutan dari genom pelbagai tanaman penting seperti kelapa sawit, getah, beras dan gandum dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Objektif utama ICCGIA 2018 adalah untuk menyediakan platform antarabangsa untuk saintis dan penyelidik untuk berkongsi hasil penyelidikan mereka dan mengumpulkan maklumat penting yang berkaitan dengan kemajuan terkini dalam bidang genomik komparatif dan interaktomik.

 

 ICCGIA 2018 menyediakan peluang unik untuk para saintis melibatkan diri dengan pakar antarabangsa dari universiti dan pusat penyelidikan dunia yang terkemuka. Topik yang dibentangkan oleh mereka menunjukkan kemajuan yang luar biasa dalam penggunaan sumber dalam genomik serta alat yang berlainan dalam genomik fungsional dan bioinformatik untuk membolehkan kefahaman proses biologi yang lebih baik. Ini seterusnya dapat meningkatkan ketepatan dalam memperbaiki prestasi tanaman. Para peserta yang menghadiri bengkel yang dianjurkan sangat berminat untuk menggunakan teknik yang diperolehi untuk memajukan bidang mereka masingmasing.

 

ICCGIA 2018 menyaksikan majlis menandatangani MoU antara UPM dan University of South Wales, United Kingdom. Ini bertujuan untuk merangsang minat para penyelidik dari kedua-dua universiti untuk mencari peluang baharu dalam bidang genomik perbandingan dan bioinformatik. Ia akan meninkatkan kemajuan sains serta mengukuhkan hubungan antara kedua-dua negara.

Tarikh Input: 29/01/2019 | Kemaskini: 29/01/2019 | muhammadfaiz

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 XXXX
W, (05:41:16am-05:46:16am, 03 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]