Lawatan Kerjasama Penyelidikan Ke MPOB | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Lawatan Kerjasama Penyelidikan ke MPOB

Lawatan Kerjasama Penyelidikan ke MPOB

3 Ogos 2018, para penyelidik Institut Kajian Perladangan (IKP), UPM telah mengadakan satu lawatan kerjasama penyelidikan ke Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Lawatan diketuai oleh Prof. Datin Dr Siti Nor Akmar Abdullah, Pengarah IKP. Sementara pihak MPOB yang terdiri dari Pengarah Bahagian dan Ketua Unit telah diketuai Dr Ahmad Parveez Hj. Ghulam Kadir, Timbalan Ketua Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan.

 

Tujuan penubuhan IKP di UPM iaitu sebagai sebuah institut yang mengfokuskan penyelidikan dalam bidang perladangan terutamanya penyelidikan kelapa sawit telah dijelaskan. Ini termasuk kepentingan menjalinkan kerjasama penyelidikan bersama MPOB untuk menghasilkan penyelidikan berimpak yang dapat memberi manfaat kepada industri sawit Malaysia seterusnya menjana ekonomi negara. Selain daripada itu perbincangan juga merangkumi pengajian peringkat pasca siswazah yang ditawarkan di IKP, dimana IKP memberi ruang dan kelebihan  untuk penyelidik dari MPOB menyambung pendidikan ke peringkat pasca siswazah.

Hasil dari perbincangan tersebut, kedua pihak telah mencadangkan dua kerjasama penyelidikan baharu:

  • Kerjasama memaksimumkan manfaat dari koleksi germplasma sawit. Kerjasama ini melilbatkan penyelidik dari Bahagian Kemajuan Bioteknologi dan Pembiakbakaan serta Bahagian Biologi, MPOB. Manakala IKP akan melibatkan empat orang penyelidik. Satu cadangan penyelidikan yang berkaitan bertajuk “Functional Characterisation of Genes with Potential Role in Nutrient Uptake and Defence Response to Ganoderma Infection using MPOB’s Oil Palm Germplasm Collection as a Resource for Sequence Variants” telah dikemukakan oleh IKP.

 

  • Kerjasama mengenai repositori data jujukan DNA sawit dimana pihak UPM bercadang menyimpan data di pangkalan data MPOB untuk dimanfaat oleh kedua pihak.

 

   

Tarikh Input: 30/08/2018 | Kemaskini: 10/10/2018 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEUGAK~