Pelantikan Ketua Laboratori, Institut Kajian Perladangan (IKP), UPM | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Pelantikan Ketua Laboratori, Institut Kajian Perladangan (IKP), UPM

Pelantikan Ketua Laboratori, Institut Kajian Perladangan (IKP), UPM

 

 

SERDANG, 1 Mac – Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Dato' Profesor Dr. Ahmad Farhan bin Mohd Sadullah, Naib Canselor UPM telah bersetuju melantik Ketua-Ketua Laboratori, Institut Kajian Perladangan (IKP) yang baharu berkuat kuasa mulai 1 Mac 2024 hingga 28 Februari 2027.

 

Warga IKP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Prof. Madya Dr. Ganesan Vadamalai (Ketua, LaboratorI Agronomi dan Perlindungan Tanaman Lestari), YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Rafein Zakaria (Ketua, Laboratori Pemprosesan dan Pembangunan Produk) dan YBrs. Dr. Anas Mohd Mustafah (Laboratori Teknologi Sistem Perladangan dan Mekanisasi) di atas pelantikan ini.

 

Sehubungan itu, warga IKP turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBrs. Prof. Madya Dr. Nazmi Mat Nawi di atas sumbangan dan jasa beliau Ketua Laboratori Teknologi Sistem Perladangan dan Mekanisasi, IKP sepanjang tempoh perkhidmatan 1 Julai 2020 hingga 29 Februari 2024.

 

Tahniah dan Jutaan Terima kasih daripada seluruh warga IKP!

Tarikh Input: 05/03/2024 | Kemaskini: 05/03/2024 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEbOAG~