![]() |
|
|
SERDANG, 11 Februari 2026 – Institut Kajian Perladangan (IKP), Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan Program Ihya’ Ramadhan 1447H/2026 yang berlangsung dalam suasana penuh ukhuwah dan kebersamaan. Program ini melibatkan seluruh warga IKP dengan pelbagai aktiviti yang menekankan semangat kerjasama serta penghayatan nilai Ramadhan. Aktiviti rewang dijalankan pada awal pagi, diikuti dengan pengisian bacan yasin, tahlil dan tazkirah, diikuti dengan makan tengahari yang dimasak sendiri oleh ahli IKP. Aktiviti utama iaitu rewang yang memperlihatkan semangat gotong-royong ahli IKP dalam menyediakan hidangan tradisi seperti gulai daging batang pisang, ayam masak kicap, sayur campur dan pelbagai menu lain. Aktiviti ini bukan sahaja mengukuhkan silaturrahim, malah memupuk budaya kerja berpasukan dalam kalangan staf. |
|
![]() |
![]() |
|
Ucapan aluan telah disampaikan oleh Pengarah IKP, YBhg. Prof. Dr. Siti Khairunniza Bejo yang menegaskan bahawa semangat kerjasama dalam organisasi mampu mempermudah pelaksanaan tugasan serta meningkatkan kecemerlangan institusi. Program turut diserikan dengan bacaan yasin, tahlil dan tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Rafein Zakaria, memberi pengisian rohani yang bermanfaat kepada semua peserta. Pihak pengurusan IKP merakamkan penghargaan atas komitmen dan kerjasama warga kerja dalam menjayakan program ini. Program Ihya’ Ramadhan bukan sahaja menjadi wadah penghayatan bulan mulia, tetapi juga ruang mempererat hubungan sesama staf. Semoga semangat kebersamaan ini terus subur dan menyumbang kepada kecemerlangan IKP pada masa hadapan. |
|
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
|
![]() |
|
Tarikh Input: 12/02/2026 | Kemaskini: 12/02/2026 | ainzubaidah

PEJABAT PENTADBIRAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG