Anugerah Top Research Scientists Malaysia (TRSM) 2021 | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Anugerah Top Research Scientists Malaysia (TRSM) 2021

Anugerah Top Research Scientists Malaysia (TRSM) 2021

Akademi Sains Malaysia (ASM) baru-baru ini telah mengiktiraf 22 orang saintis sebagai penerima Top Research Scientists Malaysia (TRSM) 2021 dan di antaranya adalah YBhg. Prof. Ir. Dr. Wan Azlina Wan Ab Karim Ghani. Beliau merupakan salah seorang Penyelidik Bersekutu daripada Laboratori Pemprosesan dan Pembangunan Produk, Institut Kajian Perladangan. Pengiktirafan yang diberikan adalah berdasarkan pencapaian dan kepakaran sebagai penasihat dalam bidang STIE (sains, teknologi, inovasi dan ekonomi) di Malaysia.

 

YBhg. Prof. Ir. Dr. Wan Azlina telah menyumbang dalam kajian yang memfokuskan terhadap penggunaan biomas sebagai tenaga alternatif yang boleh diperbaharui serta aktif dalam membangunkan piawaian penggunaan biomas sebagai bahan api pepejal di Malaysia. Pencapaian ini memberi inspirasi kepada warga penyelidik di IKP dan juga UPM. Tahniah YBhg. Prof. Ir. Dr. Wan Azlina!

Tarikh Input: 30/11/2021 | Kemaskini: 30/11/2021 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEUWAt~