Forum Perladangan Putra Siri 12 | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Forum Perladangan Putra Siri 12

Forum Perladangan Putra Siri 12

Tarikh   : 7 Jun 2022

Masa    : 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari

Tempat : Dewan Pertanian, Fakulti Pertanian dan Live Facebook UPM

 

7 Jun- Institut Kajian Perladangan (IKP) dengan kerjasama Fakulti Pertanian, UPM telah menganjurkan Forum Perladangan Putra Siri ke-12 (PPF12) di Dewan Pertanian, Fakulti Pertanian. Ketua Setiausaha, Kementerian Perladangan dan Industri Komoditi (KPPK), YBhg. Datuk Ravi Muthayah telah dijemput sebagai penceramah jemputan khas bagi program ini dan membentangkan kertas kerja bertajuk “National Agrocommodity Policy (DAKN2030): Advancing Agricommodity for Sustainability and Shared Prosperity”. Beliau menekankan mengenai status, isu terkini sektor agrikomoditi Malaysia dan juga menerangkan tentang polisi yang baharu dilancarkan iaitu Dasar Agrikomoditi Negara (DAKN2030). Aspirasi DAKN 2030 ialah untuk mengembangkan pasaran global dan meningkatkan eksport bukan sahaja pada komoditi mentah tetapi juga pada produk nilai tambah. Beliau juga menekakankan mengenai bidang penyelidikan terutama dalam bidang mekanisasi dan automasi perladangan yang perlu diperluaskan kerana adanya permintaan terhadap permindahan teknologi tersebut ke sektor agrikomoditi bagi menyelesaikan isu buruh asing.

Beliau juga turut menghuraikan berkenaan Dasar Agrikomoditi Negara (DAKN2030) yang berpandukan kepada lima teras utama: kemampanan, produktiviti, penjanaan nilai, pembangunan pasaran, dan keterangkuman yang memfokuskan kepada lapan komoditi penting (kelapa sawit, getah, kayu, koko, lada, kenaf, biojisim dan bio-bahan api. Teras ini dirangka berdasarkan untuk menyelesaikan isu dan cabaran seperti di bawah:

  1. Permintaan terhadap kemampanan: penghasilan produk bernilai mampan bagi memenuhi permintaan eksport global (Malaysian Sustainable Palm Oil-MSPO dan Malaysian Timber Certification Scheme- MTCS)
  2. Produktiviti yang tidak berkembang: ketidaksuburan tanah, perosak dan penyakit, aplikasi Amalan Pertanian Baik (GAP) yang tidak konsisten, kekurangan tenaga kerja, cuaca tidak menentu, keterbegantungan pada pekerja asing, persepsi belia terhadap sektor agrikomoditi- 3D (Dirty, Dangerous, and Difficult).
  3. Kekurangan penjanaan nilai: Produk nilai tambah yang terhad, infrastruktur/logistic yang tidak efisien, pembangunan produk hiliran yang terhad, dan kengganan pelabur tempatan untuk mengambil risiko terhadap pembangunan produk nilai tambah.
  4. Sekatan terhadap pembangunan pasaran: turun naik harga komoditi dan kadar pertukaran asing.
  5. 5.Jurang keterangkuman: pekebun kecil berpendapatan rendah, kemajuan bumiputera yang perlahan, dan sumbangan PKSM (perusahaan kecil, sederhana dan mikro) yang rendah.

Sementara itu, sesi forum telah dikendalikan oleh Prof. Dr. Shafique Fahmi Ahmad Sidique (Pengarah, Institut Kajian Perladangan). Sesi ini digunakan sepenuhnya oleh peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang (penyelidik dan pemain industri) untuk berkongsi idea, cadangan dan pengalaman. YAM Tengku Syarif Laksamanan Perlis Dato’ Seri Diraja Syed Razlan Putra Jamalullail (Pengerusi, Lembaga Pengarah UPM) dan Prof. B.T. Hang Tuah Baharudin (Timbalan Naib Canselor-Industi dan Hubungan Masyarakat UPM), bersama 60 peserta (penyertaan fizikal dan dalam talian) turut menghadiri program ini.

 

  

Tarikh Input: 13/07/2022 | Kemaskini: 13/07/2022 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEUOAQ~